Monday, April 14, 2008

ADUHAI UMNO DAN PEMIMPIN PEMUDA KU

Email dari : suhaimi_ibrahim@gmail.com

Sedih dan kecewa dengan gelagat pemimpin pemuda UMNO. Sehingga kini, revolusi perubahan sudah sepatutnya bermula. Apabila Dato' Hishamuddin melepaskan jawatan, ianya merupakan ISYARAT yang beliau mahu melihat era perubahan di kalangan pergerakan pemuda UMNO sendiri.

Tapi hasrat beliau dan ahli-ahli bawahan tidak didengar oleh pemimpin terutama sekali pemuda NS dan Perak!! Apabila dicadangkan KJ, apa sebabnya dan kerana menjadi Timbalan, maka secara automatik KJ layak menjawat Ketua Pemuda!

Sedih dan kecewa dikalangan keluhan orang melayu. Budak sombong dan berhidung belang layak mampu memgugat pemimpin pemuda umno kedua-dua negeri! Apa kriteria yang ada pada KJ sehingga membuat beliau terlalu istimewa! Petah bercakap ke? sehingga mampu mempergaruhi orangramai. Maaf, saya pernah mendengar ucapan beliau. Beliau layak dipanggil "penidato 13 mei" kerana ucapan beliau lebih banyak menghasut dan mengeji orang. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain, seperti langit dengan bumi!

Wahai pemimpin pemuda ku, lihat dan fikirkan, hanya kerana menantu PM, budak hingusan mesti dipertahankan daripada PARTI YANG KU SAYANGI SENDIRI. Pengorbanan dan penolakan seorang pemimpin adalah perkara biasa, maka - TOLAKKAN KJ TERUS DARI MEMIMPIN PEMUDA, JIKA KITA SEMUA INGIN MAJUKAN UMNO SENDIRI

No comments: